Berita Utama

Desakan PRU15 oleh Bersatu hanya strategi uji PM: Penganalisis

‘Tak perlu ambil serius hanya perangkap politik’

BANGI, 24 Safar 1444H, Selasa – Saranan menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk menguji Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan tersebut juga dilihat sebagai strategi bagi melihat kekuatan Ismail Sabri selaku ketua negara, demikian pandangan penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya (UM) berkata, dalam masa sama Muhyiddin sedang cuba memerangkap Ismail Sabri.

“Saya berpandangan itu sebagai satu strategi diketengah oleh Muhyiddin untuk menilai sama ada Ismail Sabri ‘meloncat’ atau mengambil tindakan sama seperti pemimpin UMNO lain yang mendesak supaya PRU15 diadakan segera.

“Jika Perdana Menteri menyambut kenyataan itu dan mengadakan PRU15 dengan segera, ia memberi kelebihan kepada Muhyiddin dan Bersatu bagi menggambarkan bahawa Ismail Sabri sama sahaja dengan pemimpin UMNO lain,” katanya seperti dipetik portal berita tempatan, hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, PRU15 adalah jalan terbaik untuk negara mempunyai sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah.

Beliau dalam masa sama secara terbuka membidas Perdana Menteri kerana dilihat gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik.

Malah, beliau turut menyifatkan Ismail Sabri tidak memandang serius semua isu berkaitan kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara sebagai suatu yang penting.

Bagaimanapun, Dr Mohammad Tawfik berkata, Ismail Sabri tidak seharusnya mengambil serius apa yang dikatakan Muhyiddin kerana ia sebenarnya perangkap politik.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/09/19/eloklah-pru-jika-pm-terus-gagal-urus-ekonomi/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button