Dunia

11 murid sekolah maut serangan pemberontak di Myanmar

PBB gesa 15 kanak-kanak didakwa hilang segera dibebaskan

YANGON, 26 Safar 1444H, Rabu – Sekurang-kurangnya 11 murid sekolah maut dalam serangan udara dan tembakan ke arah perkampungan di Myanmar.

Menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan junta mendakwa pemberontak sasaran bersembunyi di kawasan berkenaan.

Ketua PBB, Antonio Guterres pada Selasa mengecam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang maut, termasuk 11 murid.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak tentera merampas kuasa pada Februari tahun lalu, dengan hampir 2,300 orang awam terbunuh dalam tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.

Wilayah Sagaing telah mengalami beberapa pertempuran paling sengit, antara pejuang anti-rampasan kuasa dan tentera yang menyaksikan seluruh kampung dibakar.

Agensi kanak-kanak PBB (UNICEF) mengutuk keganasan pada Jumaat di perbandaran Depeyin di Sagaing.

“Pada 16 September, sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut dalam serangan udara dan kebakaran di kawasan awam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sekolah mesti selamat dan tidak pernah menjadi sasaran.

“Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dari sekolah yang sama masih hilang,” kata UNICEF yang turut menggesa mereka dibebaskan segera.

Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric pada Perhimpunan Agung PBB mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh angkatan bersenjata Myanmar ke atas sebuah sekolah di Let Yet Kone dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Serangan ke atas sekolah adalah bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan pelanggaran berat terhadap kanak-kanak ketika konflik bersenjata.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button