Berita UtamaDunia

Israel tutup wilayah Palestin sempena cuti Yahudi

Laluan hanya dibenarkan dalam kes kemanusiaan, perubatan

BAITULMAQDIS, 25 Safar 1444H, Rabu – Negara haram Israel akan menutup wilayah Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki menjelang tiga hari perayaan Yahudi.

Rakyat Palestin tidak akan dibenarkan meninggalkan Tebing Barat atau Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel ketika tahun baharu Yahudi, Rosh Hashana, akhir bulan ini, serta cuti Yom Kippur dan Sukkot pada Oktober.

Tentera rejim Zionis berkata, ketika penutupan, laluan hanya dibenarkan dalam kes kemanusiaan, perubatan serta perkara tertentu sahaja.

Penutupan itu dibuat dengan latar belakang ketegangan yang memuncak selepas beberapa siri serangan maut ke atas negara haram Israel sejak Mac.

Sejak itu, tentera rejim Zionis telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat, terutamanya di kawasan Nablus dan Jenin di mana kumpulan bersenjata Palestin aktif.

Operasi itu yang menurut tentera kononnya bertujuan untuk menangkap suspek yang disyaki ‘keganasan’ sering diselangi oleh pertempuran dengan pejuang atau penduduk.

Puluhan rakyat Palestin termasuk anggota kumpulan bersenjata, telah terbunuh dalam pertempuran itu.

Terdahulu, seorang rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran di bandar Nablus menerusi operasi yang jarang dilakukan oleh Pihak Berkuasa (PA) Palestin untuk menahan anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang mengawal Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button