Berita Utama

Dakwaan kait PN guna Twitter Hadi Awang palsu

PAS nafi, tegaskan dakwaan disebar pihak tak bertanggungjawab

BANGI, 7 Jamadilawal 1444H, Jumaat – PAS menafikan dakwaan tular membabitkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pelantikan jawatan Kabinet di dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan menerusi Twitter Abdul Hadi Awang itu mendakwa bahawa PAS meminta Kerajaan Perpaduan mengekalkan jawatan lantikan yang dibuat ketika pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Dakwa kenyataan itu, walaupun tidak diberikan tempat dalam Kabinet yang baharu, ia sebagai bukti Perdana Menteri mengikut titah Yang di-Pertuan Agong.

“Jika dirombak PAS tidak teragak untuk mengadakan bantahan kepada YDPA,” dakwa kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, PAS dalam kenyataan ringkas di Facebook pagi ini menegaskan bahawa kenyataan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu.

PN-PAS memutuskan untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan dan bertegas untuk menjadi pembangkang di dalam Parlimen, pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PN adalah gabungan parti kedua terbesar yang mendapat undi terbanyak selepas Pakatan Harapan (PH) dengan 73 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button