Berita Utama

Dialog PEMBELA bersama Tun M Ahad ini

Muhyiddin, Abdul Hadi setuju sertai siri dialog

BANGI, 25 Safar 1444H, Rabu – Yayasan PEMBELA Muslim bakal menganjurkan Dialog Parti Politik pada Ahad ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memaklumkan Siri 1: Dialog Parti Politik Melayu-Islam akan menampilkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli panel.

Bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur program itu bermula pada jam 10 pagi hingga 1 petang.

“Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang juga telah bersetuju untuk menyertai siri dialog ini. Dialog seterusnya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 September ini,” katanya dalam satu hantaran, hari ini.

PEMBELA memaklumkan, menerusi sesi ini, peserta berpeluang bertanyakan soalan secara terus kepada panel serta menyatakan hasrat mereka kepada parti-parti Melayu-Islam yang bakal bertanding.

Objektif utama penganjuran ‘Siri Dialog Parti Politik Melayu-Islam’ adalah memberi ruang kepada pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili rakyat untuk melihat apakah perancangan, visi dan misi pemimpin parti-parti Melayu Islam sedia ada dalam memperjuangkan agama, bangsa serta tanah air ini.

Difahamkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut mendapat jemputan masih belum menjawab undangan berkenaan.

Pautant terdahulu;

Dialog PEMBELA peluang rakyat nilai parti mana serius atau retorik semata


https://ismaweb.net/2022/09/05/hanya-tun-m-muhyiddin-respon-jemputan-dialog-pembela/
https://ismaweb.net/2022/09/02/pembela-anjur-dialog-dengan-pemimpin-empat-parti-melayu-islam/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button