Berita Utama

Tarikh PRU15 dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini

Babit pelbagai isu antaranya persiapan hadapi banjir

BANGI, 25 Safar 1444H, Rabu – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan, tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara topik dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Ahli Parlimen Arau itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Ini kerana katanya, perkara berkaitan pembubaran Parlimen dan pilihan raya berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri.

“Perbincangan itu ada, membabitkan macam-macam isu, kita bincang dengan panjang lebar mengenai persiapan menghadapi banjir untuk bulan-bulan akan datang, Oktober, November dan Disember,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa cadangan untuk mengadakan PRU15 akan dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Menurutnya, beliau akan membawa pandangan semua pihak mengenai tarikh PRU15, memandangkan Kabinet mempunyai wakil daripada pelbagai parti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button