Berita UtamaDunia

Ukraine-Russia setuju tukar 200 tahanan terbabit perang

25 peratus daripada 7,000 tentera Ukraine dipercayai ditawan Russia

TASHKENT, 25 Safar 1444H, Rabu – Ukraine dan Russia bersetuju membuat pertukaran 200 banduan yang terlibat dalam peperangan antara dua negara itu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, pertukaran 200 tahanan dibuat menerusi perjanjian terbesar sepanjang tempoh peperangan berlaku.

“Langkah penting dan berharga ini dibuat hasil persetujuan kedua-dua pemimpin negara berkenaan,” katanya.

Erdogan berkata demikian selepas mengadakan perbincangan minggu lalu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di luar sidang kemuncak di Uzbekistan, menurut The Moscow Times.

Erdogan bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut.

Pertukaran banduan antara Ukraine dan Russia telah berlaku awal bulan ini apabila Kyiv menerima kepulangan 14 anggota tenteranya.

Bulan lalu, Pesuruhjaya Orang Hilang dalam keadaan Khas, Oleh Kotenko berkata, kira-kira 25 peratus daripada 7,000 anggota tentera Ukraine dilaporkan hilang sehingga Julai akibat ditahan oleh tentera Russia.

Turki yang merupakan anggota NATO sehingga kini mengambil langkah berkecuali dalam peperangan Russia-Turki namun membekalkan dron kepada Kyiv tetapi tidak mengambil bahagian dalam sekatan yang diketuai Barat terhadap Moscow.

Erdogan berkata, Putin memberi bayangan untuk menghentikan peperangan berkenaan.

“Dalam perbincangan baru-baru ini beliau sebenarnya memberi bayangan dan bersedia untuk menamatkan peperangan dalam masa terdekat,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button