Berita UtamaDunia

100,000 keluarga di Gaza terima bantuan dari Qatar

Setiap keluarga terima geran bernilai AS$100 bulan ini

GAZA, 26 Safar 1444H, Khamis – Qatar menyalurkan bantuan kewangan kepada 100,000 keluarga Palestin di Semenanjung Gaza yang hidup tertekan akibat penindasan berterusan rejim pengganas Israel.

Orang ramai mula berhimpun di beberapa tempat pengedaran bantuan yang membolehkan setiap keluarga menerima geran bernilai AS$100 bagi bulan ini.

Ketua Jawatankuasa Qatar bagi pembinaan semula Gaza, Mohamed al-Emadi berkata, kira-kira 100,000 keluarga Palestin di seluruh Gaza akan menerima bantuan kewangan berkenaan.

Jawatankuasa itu telah melaksanakan pelbagai program penting bagi meringankan beban penduduk di Gaza termasuk menyediakan bantuan kewangan sejak 2018.

Zionis bagaimanapun terpaksa membenarkan Qatar menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin sebagai sebahagian perjanjian tidak rasmi antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Hamas.

Sementara itu, PBB berkata, sehingga kini kira-kira 80 peratus populasi Gaza bergantung sepenuhnya dengan bantuan kemanusiaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button