Berita Utama

Isu tafsir sendiri ayat al-Quran: Howard Lee beri keterangan esok

MP Ipoh Timur beritahu akan beri kerjasama penuh kepada polis

IPOH, 9 Rabiulawal 1445H, Isnin – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini.

“Pihak polis telah menghubungi saya dan saya akan memberikan kenyataan pada tengah hari Selasa ini di Ipoh,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Lee berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis namun enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan merekod keterangan Lee dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.

Sebelum itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laporan asal atau laporan pertama kes tersebut dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur manakala badan bukan kerajaan iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan pada Khamis lepas.

Presiden Jabat Perak Amiruddin Mohd Daud berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil terhadap Lee yang dianggap menghina Islam kerana membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran sekali gus menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button