Berita Utama

PAS kekal pendirian tak sesuai PRU15 diadakan tahun ini

Semua pihak harus tumpu persiapan hadapi banjir

BANGI, 26 Safar 1444H, Khamis – PAS kekal dengan pendirian sebelum ini menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan tahun ini, berikutan peralihan fasa monsun timur laut selain negara dijangka berdepan banjir.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah berkenaan dilihat sebagai keputusan terburu-buru dan sewajarnya semua pihak harus memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi banjir.

“PAS berpandangan ia perlu dilakukan selepas tempoh penggal berakhir.

“Semalam, Kabinet juga bincang mengenai pilihan raya tetapi oleh kerana kita berada pada risiko musim tengkujuh, keutamaan harus diberi kepada persiapan menghadapi banjir,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Beliau berkata, Ka binet buat keputusan persiapan banjir perlu diberi keutamaan, namun masih bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita sudah maklum pada Kabinet dan sudah dimaklumkan persiapan dan pilihan raya ini saya tengok bergantung kepada situasi dan kita (PAS) bersedia menghadapi PRU15,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, PRU15 tidak sesuai diadakan pada musim banjir kerana kebanyakan sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button