Dunia

Kanak-kanak terus jadi mangsa ganas penjajah Israel

Rejim Zionis serang penduduk ketika protes mingguan

QALQILIA, 28 Safar 1444H, Jumaat – Rejim penjajah terus menyerang penduduk Palestin, terkini 11 rakyat Palestin cedera termasuk kanak-kanak ketika himpunan protes mingguan.

Demonstrasi penduduk sebagai bantahan terhadap pembinaan dan perluasan penempatan haram Israel di kampung Kafr Qaddum, wilayah Qalqilia di Tebing Barat. 

Menurut sumber tempatan, askar pendudukan Israel menyerang penunjuk perasaan dengan peluru hidup dan bersalut getah serta gas pemedih mata. 

Serangan rejim menyebabkan seorang kanak-kanak cedera ditembak di tulang pahanya dan 10 yang lain terkena peluru bersalut getah. 

Terdapat juga mangsa yang sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Agensi berita WAFA melaporkan semua penunjuk perasaan yang cedera dirawat di tempat kejadian. 

Selama bertahun-tahun, penduduk kampung dari Kafr Qaddum dan kampung jiran telah mengadakan protes mingguan setiap hari Jumaat terhadap pembinaan penempatan haram Israel.

Lebih 650,000 peneroka Israel tinggal di penempatan Yahudi di seluruh Wilayah Palestin yang diduduki – yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button