Berita UtamaDunia

Eksport Pakistan ke Afghanistan semakin meningkat

Tiada halangan perdagangan, kelonggaran visa dorong eksport bertambah

ISLAMABAD, 27 Safar 1444H, Sabtu – Eksport Pakistan ke Afghanistan kini dilaporkan meningkat kepada AS$95.5 juta pada Ogos lalu meningkatkan 92 peratus daripada AS$.86 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

The Nation yang memetik Penyelidik di Pihak Berkuasa Pembangunan Pakistan, Sajid Ali sebagai berkata, pengurangan halangan perdagangan, kelonggaran visa untuk pengeksport dan peningkatan kerjasama ekonomi membantu mencapai perdagangan baharu antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Dewan Perniagaan dan Pelaburan Afghanistan (ACCI) berkata, peningkatan kemudahan di sempadan negara antara Pakistan – Afghanistan mendorong lonjakan dalam import.

Timbalan Ketua ACCI, Khairuddin Mayal berkata, kemudahan yang disediakan di sempadan negara dan pelabuhan antara Afghanistan dan Pakistan, selain faktor tawaran perkhidmatan yang berterusan 24 jam seminggu menyebabkan eksport Pakistan ke Afghanistan meningkat,” katanya.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, peniaga Afghanistan melahirkan kebimbangan sambil menyatakan Pakistan telah meningkatkan tarif ke atas komoditi dari negara itu.

“Buah-buahan segar yang dieksport dari Pakistan terpaksa dihentikan dan negara itu mengeluarkan undang-undang baharu dengan menaikkan tarif ke atas buah-buahan segar.

“Buah-buahan berkenaan terpaksa disekat di pelabuhan menyebabkan buah-buahan berkenaan rosak,” kata seorang peniaga Zalmai Azimi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pertanian dan Ternakan Afghanistan (ACAL), Mirwais Hajizada berkata, banjir kilat yang melanda negara itu baru-baru ini turut menjejaskan hasil tuaian.

Bagaimanapun, ACAL memberi jaminan eksport buah-buahan dan sayuran segar ke Pakistan masih diterus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button