Berita Utama

Mekanisme ID khas beli minyak paket bersubsidi masih dalam kajian

Tak tolak kemungkinan akan guna kaedah pembelian melalui MyKad

BANGI, 17 Rabiulawal 1445H, Selasa – Pembelian minyak masak bersubsidi menggunakan mekanisme pengenalan diri (ID) khas bagi memastikan penjualan dilakukan kepada mereka yang layak dan bersasar masih dalam peringkat kajian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, sehingga kini libat urus tersebut masih berterusan berkaitan mekanisme pelaksanaan.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan kaedah pembelian melalui MyKad.

“Kita akan pastikan yang terbaik untuk rakyat. Kita akan gunakan mekanisme paling mudah untuk rakyat.

“Kaedah yang bakal digunakan pada tahun depan itu akan memastikan hanya mereka yang memenuhi kriteria akan menikmati minyak masak peket yang disubsidikan kerajaan,” katanya menerusi aplikasi Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, sistem biometrik juga merupakan perkara yang sedang diterokai berikutan mekanisme tersebut lebih menjurus kepada kaedah digital berbanding mewujudkan kad fizikal.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kaedah yang bakal digunakan pada tahun depan itu akan memastikan hanya mereka yang memenuhi kriteria dapat menikmati minyak masak peket yang disubsidikan kerajaan.

“Libat urus masih berterusan berkaitan mekanisme pelaksanaan. Sekarang ini kita sudah kenal pasti kategori penerima dan yang belum muktamad apakah mekanismenya,” katanya.

Semalam, KPDN memaklumkan kaedah pembelian minyak masak paket bersubsidi hanya akan dijual kepada pembeli tertentu sahaja menerusi mekanisme ID khas yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Katanya, langkah berkenaan bagi mengelakkan penjualan kepada yang tidak sepatutnya dan tidak layak.

Pautan berkaitan
https://ismaweb.net/2023/10/02/hanya-ada-id-khas-boleh-beli-minyak-masak-paket/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button