Berita Utama

Dialog PEMBELA bersama Muhyiddin Rabu ini

Suburkan budaya 'engagement' dengan semua pemain politik

PAGI tadi selesai sesi dialog pertama pimpinan parti-parti politik Melayu-Islam, iaitu bersama Tun Dr Mahathir.

Alhamdulillah, sesi ini berjalan dengan jayanya dengan pelbagai soalan yang panas dan kritikan dari hati ke hati oleh para pimpinan aktivis NGO yang hadir hari ini.

Objektif kami menganjurkan siri-siri dialog ini adalah untuk mendidik para aktivis NGO supaya matang dan cermat dalam berpolitik, iaitu dengan menyuburkan budaya ‘engagement’ dengan kesemua pemain politik utama orang Melayu.

Selain itu, kita menyediakan platform untuk para aktivis NGO untuk berani berhadapan, mengkiritik dan melontar idea secara depan-depan.

InsyaAllah pada hari Rabu ini (28/9/2022) kita akan ada sesi yang serupa bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Manakala, sesi bersama Pengerusi BN dan Presiden PAS sedang dimuktamadkan. InsyaAllah kita akan maklumkan kemudian.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
25 September 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button