Artikel Khas

KONWANIS dan Wanita ISMA

Mampu berikan saingan kepada gerakan liberal yang jadi pemusnah wanita

1. ISMA bermula 25 tahun lepas dengan penglibatan yang amat minima dari kalangan aktivis wanita. Samada di peringkat pusat atau di cawangan, bilangan penglibatan wanita dalam pengurusan Isma boleh dikira dengan jari. Banyak faktor menyumbang ke arah itu.

Antaranya adalah kerana rata-rata aktivis adalah orang muda yang baru berumahtangga, baru belajar menguruskan anak-anak, kekangan alam kerjaya yang baru nak difahami, kewangan yang terbatas dan banyak lagi faktor lain.

2. Di samping itu, faktor utama juga adalah kerana setiap wanita memberikan ruang seluas-luasnya untuk para suami keluar siang dan malam sepanjang hari mengasaskan amal yang baru ketika itu. Saya tidak boleh lupakan kepenatan dan ketegangan semua; suami dan isteri di fasa tersebut.

3. Pada tahun 2005, kami bermesyuarat dan meletakkan target bahawa 30% dari aktivis wanita Isma seluruh negara mesti dilibatkan di dalam pengurusan Isma. Bermaksud memegang jawatan di pusat atau cawangan, menjadi ketua biro, menjadi ahli syura dan sebagainya.

Target ini diletakkan begitu dan kami tidak tahu samada ia boleh dicapai dan dalam tempoh berapa tahun. Kami letakkan dalam tempoh 5 tahun hingga 2010. Dan bermulalah penyusunan ke arah itu perlahan-lahan.

4. Wanita Isma tidak ambil masa lama untuk capai target tersebut. Pada 2008, lebih dari 30% aktivis wanita Isma seluruh negara sudah terlibat dalam pengurusan Isma. Satu pencapaian yang amat menakjubkan. Betullah kata seorang aktivis wanita: ‘wanita ini sebelum disuruh berenang, sudah pun sampai ke dasar laut’.

5. Sekarang wanita Isma ada di seluruh jentera Isma bahkan menjadi ketua bagi sesetengah agensi dan biro. Rasanya sudah lebih dari 80% wanita Isma terlibat dalam pengurusan Isma di pelbagai peringkat.

Wanita sudah lebih maju dari aktivis lelaki di sesetengah bidang. Penganjuran program-program besar mereka boleh uruskan sendiri dengan begitu kemas dan cemerlang.

6. Ada aspek tertentu yang boleh ditambah baik dalam pengurusan wanita. Tetapi apa yang jelas adalah saya yakin, wanita Isma boleh terus ke depan dan memberikan saingan kepada gerakan liberal yang menjadi pemusnah kepada wanita.

7. Kepada aktivis wanita Isma, teruslah bercerita tentang keindahan pertemuan di Konwanis 2022 semalam kerana anda berhak untuk bergembira dengan pencapaian ini.

Moga keberkatan Allah dilimpahkan kepada pengasas amal wanita Isma yang saya tidak kongsikan nama-nama mereka di sini.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button