Berita Utama

Amaran cuaca peringkat kuning di Sabah, Sarawak dan Labuan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri diarah aktifkan segera

BANGI, 29 Safar 1444H, Isnin – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta daerah di dua negeri dan satu wilayah diaktifkan segera.

Langkah itu susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dijangka berlaku di kawasan berkenaan pada Isnin.

Amaran cuaca peringkat kuning dengan hujan lebat itu dijangka berlaku di beberapa daerah di ketiga-tiga negeri di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara kawasan terbabit di Sarawak ialah Mukah, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang.

Di Sabah pula membabitkan Sipitang; Kuala Penyu; Beaufort; Papar; Putatan; Penampang; Kota Kinabalu; Tuaran, Kota Belud dan Kudat.

Nadma turut meminta jawatankuasa itu meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya lagi, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) juga akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button