Berita Utama

PRU15: Bersatu sukar menang satu kerusi pun tanpa PAS

Kenyataan Muhyiddin anggap UMNO musuh utama terlalu keras, angkuh

BANGI, 29 Safar 1444H, Isnin – Sikap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terlalu keras dan angkuh apabila presidennya, Tan Sri Muhyiddin menganggap UMNO sebagai musuh utama mereka.

Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, kenyataan Bersatu itu bertentangan dengan rakan komponennya, PAS yang mahu berkawan dengan semua iaitu bersama Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menghidupkan juga Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, jika Bersatu sebuah parti yang kuat tanpa PAS, maka kenyataan itu masih boleh dipercayai.

“Persoalannya, adakah Bersatu ini kuat? Siapa Bersatu tanpa PAS? Kawasan Parlimen dan DUN yang dimenangi pemimpin Bersatu hari ini pun sukar nak menang dalam PRU15 tanpa PAS.

“Dalam kata lain, Bersatu tanpa PAS, Bersatu tidak kuat, Bersatu tidak ada jentera (grass root) yang kuat,” katanya.

Menulis di Ismaweb.net hari ini, Ridhuan Tee menjangkakan Bersatu tidak akan menang walau satu kerusi jika semua parti bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Nasibnya akan jadi sama seperti Pejuang tanpa GTA (Gerakan Tanah Air). Bersama GTA pun Pejuang belum tentu menang. Sebab kekuatan GTA pun belum diuji lagi.

“Keadaan politik semasa menunjukkan dalam PN, PAS tidak dapat mengawal Bersatu, Bersatu tidak dapat mengawal PAS.

“Sama seperti MN, UMNO tidak dapat mengawal PAS, PAS tidak dapat mengawal UMNO. Masing-masing ikut suka keluarkan kenyataan sendiri,” katanya.

BACA PENUH ULASAN PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH DI SINI;

PAS tolong ingatkan Bersatu jangan celupar sangat

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button