Dunia

Taufan Noru pula badai Filipina

Sekolah ditutup, penerbangan batal dan perkhidmatan feri dihentikan

MANILA, 29 Safar 1444H, Isnin – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos mengisytiharkan penutupan sekolah dan pejabat kerajaan susulan ribut tropika kategori tiga melanda pulau utama Luzon selepas mendarat di ibu negara Manila.

Hampir 8,400 penduduk telah dipindahkan terlebih dahulu dari laluan Taufan Noru – yang semakin lemah dengan angin berkelajuan 175 kilometer sejam (kmj) dan tiupan sehingga 290kmj selepas mendarat.

Penerbangan dibatalkan, perkhidmatan feri dihentikan dan laluan bas ditutup apabila hujan lebat serta angin kencang menumbangkan polis dan memutuskan bekalan elektrik.

Marcos menggantung sesi sekolah dan pejabat kerajaan di Luzon, yang menyumbang lebih dua pertiga daripada ekonomi dan kira-kira separuh daripada 110 juta penduduk negara itu.

Kementerian tenaga memberi tumpuan penuh terhadap semua kemudahan berkaitan tenaga di kawasan yang dilanda taufan, kata Marcos di Facebook.

Bursa Saham Filipina memberitahu, dagangan akan digantung pada Isnin berikutan hujan lebat melanda di ibu negara dan wilayah berdekatan.

Filipina sebuah kepulauan dengan lebih 7,600 pulau, menyaksikan purata tahunan 20 ribut tropika yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Pada 2013, taufan Haiyan salah satu taufan tropika paling kuat pernah direkodkan, yang membunuh 6,300 orang.

Taufan Noru yang bergerak ke arah barat merentasi wilayah pengeluar beras di Luzon, mungkin akan muncul di Laut China Selatan pada awal Isnin.

Noru melanda selepas sembilan bulan taufan besar memusnah sebahagian negara, membunuh lebih 400 mangsa dan menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button