Dunia

Ulama Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Menghembuskan nafas terakhir pada usia 97 tahun

DOHA, 29 Safar 1444H, Isnin – Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada Isnin pada usia 97 tahun, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya.

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang berpangkalan di Doha turut mengesahkan mengenai berita sedih pemergian ulama itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir yang berpangkalan di Qatar, ialah pengasas IUMS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button