Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pekerja binaan warga Bangladesh maut tertimbus dalam runtuhan konkrit

Bomba pecahkan besi konkrit keluarkan mangsa yang tertimbus

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1444H, Selasa Seorang pekerja binaan warga Bangladesh ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan yang masih dalam pembinaan di Oxley Tower, Jalan Ampang di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 12.23 tengah malam tadi dan terus menggerakkan anggota ke tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan Nurul Adha Abdul Majid berkata, setibanya mereka di lokasi kejadian mendapati berlaku runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan yang menyebabkan seorang lelaki tertimbus. 

“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dan mangsa berjaya dibawa keluar daripada timbunan konkrit pada 7.21 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian. – Bernama

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button