Pendapat

Sheikh Yusuf al-Qaradawi mursyid kepada umat kurun ke-20

Sumbangannya dalam dunia Islam tidak dapat disangkal

BUMI dunia berduka dengan pemergian susuk tubuh seorang mujtahid ummah, yang dengan ilmu dan panduannya, para duat, mujahidin, murabitin, ulama serta keseluruhan umat Islam mendapat panduan dan inspirasi dalam menempuh kehidupan beragama dalam hidup penuh kompleks pada akhir zaman ini.

Cukup banyak karya penulisannya merungkai permasalahan fiqh dan tadayyun agar disesuaikan dengan permasalahan semasa dengan roh syariah dijadikan sebagai kiblat dalam setiap ijtihad dan fatwa yang beliau keluarkan.

Sumbangannya dalam dunia Islam tidak dapat disangkal, beliau tidak pernah mendiamkan isu Al-Aqsa, contoh isu boikot yang difatwakan beliau pada awal 2000, bahkan antara ulama yang sentiasa menjuarai isu ini, sejurus meletakkan beliau antara barisan hadapan dalam saf mujahidin dalam mempertahankan Al-Aqsa.

Penggabungan antara ilmu dan jihad wajar dijadikan inspirasi semua penuntut ilmu agama hari ini, agar perjalanan ilmu mereka, benar-benar selari dengan usaha pembinaan ummah fadhilah yang perlu dibangunkan.

Moga Allah merahmatimu, dan menggolongkanmu dalam kalangan para anbiya’, syuhada’ dan solihin.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button