Berita UtamaDunia

4 warga Palestin dibunuh kejam rejim Zionis

44 cedera akibat tembakan langsung ketika serbuan

JENIN, 1 Rabiulawal 1444H, Rabu – Empat rakyat Palestin, termasuk abang kepada seorang lelaki yang dipersalahkan atas serangan maut di Tel Aviv awal tahun ini, terkorban ketika serbuan tentera rejim pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan empat kematian ketika serbuan di Jenin, termasuk Abed Hazem, abang kepada Raad Hazem, yang dituduh Israel sebagai pembunuh tiga warga Israel dalam insiden tembakan di Tel Aviv pada 7 April.

Kementerian itu berkata, kira-kira 44 rakyat Palestin cedera akibat tembakan langsung ketika serbuan itu.

Sebelum ini, rejim haram Israel berkata, tenteranya menembak mati dua suspek yang terbabit dalam beberapa serangan tembakan baru-baru ini dan mengesahkan Abed sebagai salah seorang lelaki yang terkorban.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Abed dan Mohammad Mahmoud Elwaneh maut dalam sebuah rumah yang dikepung dan dibedil oleh tentera.

Ahmad Nathmi Alawneh, 24, dilaporkan ditembak di kepala ketika pertempuran jalanan dengan tentera.

Mangsa keempat yang terbunuh dikenali sebagai Mohammad Abu Naaseh.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita Wafa bahawa sepasukan besar tentera Israel menyerbu Jenin dan kem pelarian.

Kemudian rejim melepaskan tembakan ke semua arah dan menembak tong gas pemedih mata, sebelum mengepung dan membedil sebuah rumah milik Fathi Hazem, bapa kepada Raad dan Abed. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button