Afghanistan terima petrol, gandum dari Russia
Perjanjian ekonomi antarabangsa pertama selepas Taliban ambil alih pentadbiran

KABUL, 1 Rabiulawal 1444H, Rabu – Taliban telah menandatangani perjanjian sementara dengan Russia bagi membekalkan petrol, diesel dan gandum kepada Afghanistan.
Pemangku Menteri Perdagangan dan Industri, Nooruddin Azizi berkata, pihaknya cuba mempelbagaikan kerjasama rakan niaga – dan Russia telah menawarkan pengurangan harga purata komoditi global.
Menerusi perjanjian, Russia akan membekalkan kira-kira 1 juta tan petrol dan diesel manakala 500,000 tan gas petroleum cecair dan dua juta tan gandum setahun.
Perjanjian berlangsung dalam masa percubaan yang tidak ditetapkan tempoh, selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian jangka panjang sekiranya berpuas hati.
Perjanjian dicapai selepas pasukan teknikal Afghanistan menghabiskan beberapa minggu dalam perbincangan di Moscow, selepas mengadakan lawatan ke negara itu bulan lalu.
Perjanjian ini merupakan perjanjian ekonomi antarabangsa yang pertama yang dicapai Afghanistan selepas mengambil alih pentadbiran sejak tahun lalu.
Sehingga kini tiada negara yang mengiktiraf pentadbiran taliban di Afghanistan selepas berjaya merampas pemerintahan negara dari tentera Amerika Syarikat.
Afghanistan kini menerima bekalan gas dan petrol daripada Turkminestan dan Iran yang mempunyai hubungan kukuh selain Pakistan yang cuba mempelbagaikan bantuan. -Agensi