Berita Utama

109,758 saman kesalahan trafik di Johor babit warga Singapura

Saman paling banyak adalah pandu laju lebih had, tak patuh lampu isyarat

JOHOR BAHRU, 3 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Sebanyak 109,758 saman membabitkan warga Singapura atas pelbagai kesalahan trafik, di negeri ini masih tertunggak sehingga kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jumlah tertunggak itu adalah daripada 2.3 juta saman yang pernah dikeluarkan Polis Johor sejak 2014.

Katanya, sebanyak 23.5 peratus saman warga Singapura ini sudah dijelaskan, manakala 76.4 peratus lagi belum dijelaskan.

“Mengikut statistik, kita mengeluarkan 2.3 juta saman sejak 2014 sehingga kini dan setakat ini hanya 600,000 saman sudah dijelaskan.

ÔÇťAntara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya menggesa pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak untuk menjelaskan saman mereka.

Katanya, Polis Johor menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 50 peratus yang boleh dijelaskan di semua Balai Polis Trafik seluruh negeri bermula hari ini sehingga Ahad ini.

“Saya gesa masyarakat Johor khasnya, pergilah ke mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang mempunyai balai trafik bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button