Berita UtamaDunia

Kanak-kanak Palestin mati dikejar pengganas Israel

Jatuh dari tempat tinggi selepas larikan diri dari rejim haram

TEBING BARAT, 3 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Seorang kanak-kanak Palestin meninggal dunia, ketika dikejar rejim pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Berita Anadolu.

Rayyan Suleiman berusia 7 tahun dari bandar Tuqu berhampiran bandar Bethlehem, jatuh dari ketinggian ketika melarikan diri daripada tentera Israel, semalam.

Pakar perubatan mengesahkan dia meninggal dunia sejurus selepas dimasukkan ke Hospital Beit Jala.

Tentera Israel dengan tidak bertanggungjawab menafikan sebarang kaitan berkait kematian kanak-kanak itu.

Satu kenyataan tentera berkata, tentera Israel berlari ke bandar Tuqu untuk mencari sesiapa yang membaling batu.

Malah, rejim haram mendakwa tiada protes berlaku ketika pencarian dan tiada senjata atau kaedah penyuraian rusuhan digunakan.

Pada hari Rabu, empat rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera akibat tembakan tentera Israel semasa protes di bandar Jenin, Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button