Berita UtamaDunia

3 pemimpin terkemuka Hamas ditahan rejim pengganas Israel

Hamas beri amaran Israel cuba ganggu pilihan raya Palestin

HEBRON, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Tentera rejim pengganas Israel menahan tiga pemimpin terkemuka Hamas di kota Hebron di Tebing Barat, Palestin

Saksi memberitahu Anadolu Agency bahawa seorang askar Israel menahan Hatem Qaffeisha, 58, seorang pemimpin tertinggi Hamas di Hebron dan seorang Ahli Parlimen Palestin.

Bekas Menteri Pemerintahan Tempatan, Isa Al-Jabari, 55, dan tokoh Hamas terkemuka Mazen Al-Natsha, 49, juga ditahan.

Ketiga-tiga tokoh tersebut telah dipenjara beberapa kali oleh tentera Israel sebelum ini.

Terdahulu, Hamas pernah mengingatkan rancangan Israel untuk mengadakan kempen penangkapan besar-besaran terhadap anggotanya menjelang pilihan raya Palestin yang dijadualkan pada bulan Mei.

Pada bulan Februari, anggota utama Hamas telah ditahan termasuk Mustafa Al-Shannar, Adnan Asfour, Yaser Mansour, Khalid El-Haj, Abdel-Basit El-Haj, Omar Al-Hanbali dan Faze ‘Sawafteh.

Hamas mengatakan pihak berkuasa Israel bertujuan untuk mengganggu pilihan raya Palestin dan mempengaruhi keputusannya.

Hamas juga menuduh pihak berkuasa Israel mengancam anggotanya dengan penjara jika mereka bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Rakyat Palestin dijadualkan mengundi dalam pemilihan Legislatif pada 22 Mei, pemilihan presiden akan diadakan pada 31 Julai dan pemilihan Majlis Nasional pada 31 Ogos.

Pilihan Raya Legislatif terakhir diadakan pada tahun 2006, dengan Hamas mengunggulinya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button