Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Kemarau teruk di Iraq paksa 3,000 keluarga berpindah

Banyak projek dihentikan, operasi loji air minum digantung

BAGHDAD, 5 Rabiulawal 1444H, Ahad – Sekurang-kurangnya 3,000 keluarga di lapan gabenor Iraq terpaksa meninggalkan rumah mereka kerana kemarau teruk dan paras sungai yang rendah, menurut Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia negara itu.

Gabenor Diyala – yang memanjang ke timur laut Baghdad hingga ke sempadan Iran – adalah yang paling terjejas dengan gelombang kemarau akibat pemotongan anak sungai di Sungai Tigris oleh Iran.

Keadaan itu membawa kepada penurunan lebih daripada 90 peratus paras air Sungai Diyala.

Ia menyebabkan Kementerian Pertanian Iraq mengecualikan rancangannya dan mengakibatkan banyak projek dihentikan serta menggantung operasi loji air minuman.

“Iraq dianggap paling terjejas dalam kalangan lima negara yang terkesan akibat perubahan iklim dan negara ke-39 yang mengalami kekurangan air,” kata anggota Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Iraq, Fadel Al-Ghazzawi dalam kenyataan.

Katanya, rekod penurunan hujan tahun lalu menyumbang kepada krisis air dan penggurunan tanah pertanian, penguncupan litupan rumput, tasik serta kolam kering dan peningkatan dalam pencemaran industri.

Al-Ghazzawi menggesa kerajaan untuk mengambil langkah menangani masalah itu kerana bimbang semua faktor berkenaan membentuk bahaya terhadap alam sekitar dan kehidupan penduduk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button