Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Korban serangan pusat pendidikan Afghanistan cecah 35

PBB mahu nama mangsa didokumentasi, tuntut keadilan

KABUL, 5 Rabiulawal 1444H, Ahad – Angka kematian insiden pengebom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan telah meningkat kepada 35, menurut misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke negara itu.

Sekurang-kurangnya 82 yang lain cedera dalam serangan pada Jumaat di pusat pendidikan Kaj di Dasht-e-Barchi, rumah kepada komuniti Hazara yang terletak di barat Kabul.

Jumlah kematian terkini itu adalah lebih tinggi daripada angka korban yang dikeluarkan pihak berkuasa Kabul.

“Majoriti mangsa adalah kanak-kanak perempuan dan wanita muda. Semua nama perlu didokumentasikan dan diingati serta keadilan perlu dituntut,” kata misi PBB di Twitter.

Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Bagaimanapun, sekutu ISIS tempatan – saingan kepada Taliban – mengaku bertanggungjawab atas serangan sama ke atas pusat pendidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini termasuk serangan berani mati ke atas pusat pendidikan di kawasan kejiranan yang sama sehingga mengorbankan 24 nyawa pada 2020.

Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh dalam satu lagi serangan tidak dituntut berhampiran sebuah sekolah di Dasht-e-Barchi pada Mei 2021.

Taliban – yang mengambil alih kuasa di tengah pengunduran tentera asing pada Ogos 2021 – telah berjanji untuk membawa kestabilan kepada negara selepas 20 tahun perang, namun beberapa insiden keganasan berlaku telah menjejaskan naratif itu. –¬† Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button