Berita Utama

UMNO nasihat PAS keluar PN, tinggalkan Bersatu

'Bukan Muhyiddin berlagak 'big brother'? Umum suka hati dia BN musuh utama PN': Puad

BANGI, 5 Rabiulawal 1444H, Ahad – Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin terasa apabila parti-parti utama Melayu sudah mula melancarkan perang saraf antara satu sama lain.

Bukan hanya pembangkang, parti yang bersama dalam kerajaan sekarang juga dilihat semakin tegang menyerang antara satu sama lain, terutama di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pemimpin kedua-dua parti dilihat bersilih ganti berbalas serangan menerusi kenyataan, sama ada kepada media atau secara penulisan peribadi di media sosial.

Terkini, anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar dakwaan ‘big brother’ oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap parti itu.

“Pembangkang semakin ketandusan isu. Mereka main isu Top 5 dan ‘big brother’? Kalau nak sebut pasa ‘big brother’, Bersatu dengan satu kerusi boleh pegang jawatan MB (menteri besar) Perak.

“Bukan Muhyiddin berlagak ‘big brother’? Umum suka hati dia BN musuh utama PN. Terbukti bila PAS umum PH adalah musuh utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas sebab itu, Puad menasihatkan PAS supaya keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dan meninggalkan sekutunya, Bersatu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button