Berita UtamaDunia

Kerajaan Kuwait letak jawatan

Pembangkang peroleh kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen

BANDARAYA KUWAIT, 6 Rabiulawal 1444H, Isnin – Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Sabah pada Ahad menerima peletakan jawatan kerajaan Kuwait selepas dua bulan penubuhannya.

Agensi berita negara KUNA melaporkan, Perdana Menteri, Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah menyerahkan peletakan jawatan kerajaan dan Putera Mahkota menerimanya, namun meminta untuk kekal sebagai kerajaan sementara.

Peletakan jawatan kerajaan berlaku selepas pilihan raya Parlimen 29 September lalu, di mana calon pembangkang memperoleh kemenangan yang besar.

Awal bulan Ogos, Sheikh Ahmad dilantik sebagai Perdana Menteri, menandakan kerajaan ke-40 dalam sejarah negara Teluk.

Tugas utama kerajaan adalah membuat persediaan menghadapi pilihan raya selepas Titah Diraja 22 Julai untuk membubarkan Parlimen negara.

Menurut keputusan rasmi, kumpulan pembangkang Kuwait memperoleh hampir 60 peratus kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan 50 kerusi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button