Berita Utama

3 lelaki sesat di Gunung Keriang ditemukan selamat

Bomba jumpa mereka di dalam gua berkeadaan lemah

ALOR SETAR, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Tiga lelaki yang dikhuatiri sesat selepas gagal menemui laluan keluar ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang dekat sini hari ini ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata kesemua mangsa berjaya ditemukan pada 11.33 malam.

“Pihak bomba menjumpai kesemua mangsa di dalam gua di kawasan puncak gunung berkenaan dan mereka berada dalam keadaan lemah.

“Mereka telah diberikan rawatan awal dan anggota bomba sedang dalam proses membawa kesemua mangsa turun ke kaki gunung untuk tindakan seterusnya,” menurut beliau dalam kenyataan.

Terdahulu, Bernama melaporkan ketiga-tiga lelaki mendaki gunung itu pada 6 pagi bersama dengan rakan mereka yang lain.

Bagaimanapun, mereka dikhuatiri sesat selepas tidak turun ke kaki gunung bersama dengan rakan lain.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button