Berita UtamaIstimewa

Masa depan Islam jauh lebih besar dari ikatan budi

Tanpa PAS, Bersatu takkan ke mana-mana

BANGI, 6 Rabiulawal 1444H, Isnin – Tidak mustahil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kembali kepada UMNO sekiranya Muafakat Nasional (MN) kembali bertaut.

Ini kerana tanpa PAS, Bersatu tidak akan ke mana-mana, kata pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata, pertemuan Presiden PAS dan Presiden UMNO, disebabkan oleh keceluparan Bersatu, sepatutnya menjadi titik tolak untuk PAS meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan kembali bertaut bersama UMNO dalam MN.

Langkah itu dilihat perlu jika PAS benar-benar sayangkan agama dan negara ini.

“Benar, PAS terhutang budi kepada Bersatu, disebabkan Langkah Sheraton, PAS berada dalam Kabinet. Begitu juga dengan UMNO.

“Jika tidak, sehingga ke hari ini PH masih memerintah, UMNO-PAS masih terus menjadi pembangkang. Semua yang berlaku, itu ada sebab dan hikmahnya.

“Namun, PAS tidak boleh terus meneruskan terikat dengan ikatan budi tersebut bersama Bersatu, sehingga melupakan maslahah yang lebih besar.

“Dalam politik, kadangkala, apabila berlaku pertembungan antara isu budi dengan maslahah ummah yang lebih besar, maka ummah mesti diutamakan,” katanya menulis di ruangan Kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Prof Ridhuan Tee mengingatkan bahawa masa depan Islam dan negara jauh lebih besar daripada ikatan budi.

“Lagipun ikatan budi tersebut bukan berlaku sebelah pihak, tanpa sokongan dan sokongan UMNO-PAS, mana mungkin terbentuk kerajaan yang ditadbir hari ini.

“Dalam kata lain, masing-masing terhutang budi. Tidak ada isu. Semua telah ditakdirkan. Kita tidak sepatutnya terus terikat dengan ikatan budi.

“Kadang-kadang politik bukan berlaku seperti yang dirancangkan. Nasib baik telah disedari,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button