Berita UtamaDunia

Rejim haram tembak remaja Palestin, heret dengan kereta

Mayat dibiarkan di atas jalan selama 40 minit

RAMALLAH, 6 Rabiulawal 1444H, Isnin – Dua remaja Palestin menjadi mangsa terbaharu rejim haram Zionis dalam serbuan berdarah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, dua remaja lelaki berkenaan ditembak ketika berada di dalam sebuah kenderaan berhampiran Kem Pelarian Jalazone, utara Ramallah.

Kedua-dua remaja dikenal pasti sebagai Bassel Qassem Basbous berusia 18 tahun manakala seorang lagi, Khaled Fadi Anbar berusia 21 tahun.

Seorang lagi sahabat mereka, Raafat Habash,19 yang turut bersama di kenderaan ketika ditembak hanya mengalami kecederaan.

Kedua-dua mayat mangsa ditarik keluar dari kenderaan secara kejam oleh tentera pengganas Zionis.

Sementara itu seorang saksi yang enggan mendedahkan namanya berkata, kejadian tembakan berlaku di hadapan kediaman.

“Saya mendengar bunyi tembakan kira-kira jam 3.30 pagi dan membuka tingkap.

“Saya juga melihat sebuah kereta berhampiran rumah serta kelihatan ada mayat dua lelaki yang ditembak berada di dalam kereta itu.

“Tentera kemudian menarik kedua-dua mayat daripada kereta dan meletakkan di jalan raya, mayat juga dibiarkan di atas jalan dalam keadaan penuh darah kira-kira 40 minit sebelum mengangkatnya semula,” katanya.

Tindakan zalim Zionis bukan sesuatu yang pelik berlaku di Tebing Barat berikutan tentera pengganas sering berkelakuan berkenaan dalam setiap kali serbuan.

Malah, Zionis sering menyembunyikan diri dan tidak mengaku bertanggungjawab selepas melepaskan tembakan ke arah penduduk . -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button