Berita UtamaDunia

Wabak taun terbesar ragut 7 nyawa di Haiti

Kementerian Kesihatan sahkan satu kes di Port-au-Prince

PORT-AU-PRINCE, 6 Rabiulawal 1444H, Isnin – Sekurang-kurangnya tujuh kematian direkodkan pada Ahad susulan penyakit taun kembali menular ketika Haiti lumpuh oleh sekatan geng bersenjata yang mencetuskan kekurangan bahan api dan kebersihan air minuman.

Penyakit itu mengorbankan kira-kira 10,000 orang melalui penularan pada 2010 yang telah dinyatakan oleh pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada 2020 berkata, Haiti telah menjalani setahun tanpa kes kolera yang disahkan.

“Menurut maklumat yang kami ada, jumlah kematian adalah kira-kira 7 hingga 8 orang.

“Terdapat satu kematian semalam” kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Laure Adrien ketika sidang media.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan satu kes di kawasan Port-au-Prince dan terdapat kes yang disyaki di bandar Cite Soleil di luar ibu negara, yang menjadi lokasi perang geng bersenjata pada Julai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button