Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

32 kanak-kanak korban rusuhan bola sepak di Indonesia

Pasukan petugas khas dibentuk siasat pihak bertanggungjawab

MALANG, 7 Rabiulawal 1444H, Selasa – Sekurang-kurangnya 32 kanak-kanak disahkan menjadi korban dalam rusuhan bola sepak pada malam Sabtu lalu di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.

Tragedi – paling buruk dalam sejarah bola sepak – itu menyaksikan seramai 125 orang terbunuh dan 323 yang lain cedera selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong daripada pasukan tuan rumah yang kalah, berlari ke padang pada penghujung perlawanan.

Pegawai di kementerian pemerkasaan wanita dan perlindungan kanak-kanak memaklumkan, puluhan kanak-kanak yang terperangkap dalam insiden rusuhan itu terkorban.

“Daripada data terkini yang kami terima, daripada 125 orang yang maut dalam insiden itu, 32 daripadanya adalah kanak-kanak dengan paling muda berusia tiga atau empat tahun,” katanya.

Ketika kemarahan memuncak terhadap polis, Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Mahfud M D mengumumkan satu pasukan petugas dibentuk bagi menyiasat dan menggesa hukuman ke atas pihak yang didapati bertanggungjawab.

“Kami meminta (polis) mendedahkan siapa yang melakukan jenayah itu dan mengambil tindakan terhadap mereka.

“… dan kami juga berharap polis negara akann menilai prosedur keselamatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, ketua polis di Malang telah dipecat selepas beberapa jam kenyataan menteri itu.

Polis Jawa Timur juga menggantung sembilan pegawai atas arahan pasukan polis negara, kata jurucakapnya, Dedi Prasetyo dalam sidang akhbar.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button