Berita Utama

BERJASA parti masa hadapan

Dasar dan polisi parti ambil kira pandangan belia

BANGI, 7 Rabiulawal 1444H, Selasa – Parti BERJASA Malaysia amat menitik berat kedudukan pemimpin dan politik Melayu-Islam terus menerajui kepimpinan baharu Malaysia.

Dalam satu kenyataan, BERJASA berkata, parti itu komited menyediakan pentas bagi anak muda beraksi dan berkhidmat dalam arena politik dan pentadbiran tanah air.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan kelestarian politik atau kedudukannya akan terus relevan.

“Semangat dan tenaga anak muda yang berkobar-kobar dipandu dan dituntun tokoh-tokoh yang lebih berpengalaman dalam memastikan perjuangan mereka berkesan, berpanjangan dan berhikmah,” katanya.

Katanya lagi, dasar dan polisi parti juga sangat mengambil kira pandangan dan kepentingan belia.

“Ia sekali gus menjadikannya sebuah parti masa hadapan,” katanya.

BERJASA kini berada dalam gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang turut disertai parti lain iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button