Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat tidak wajar: PAS

Tidak perlu disegerakan, ambil kira faktor ekonomi dan musim tengkujuh

KUALA TERENGGANU, 7 Rabiulawal 1444H, Selasa – Pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS berpandangan sedemikian dengan mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO (badan bukan kerajaan), ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Okt ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button