Berita UtamaDunia

Elak banjir, rakyat Bangkok diminta bekerja dari rumah

Sungai Chao Phraya mungkin melimpah mulai hari ini berikutan air pasang

BANGKOK, 8 Rabiulawal 1444H, Rabu – Rakyat Bangkok diminta bekerja dari rumah atau sekurang-kurangnya meninggalkan kerja awal, bermula hari ini hingga Jumaat untuk mengelak daripada bencana banjir di bandar itu yang disebabkan oleh hujan lebat dan air pasang.

Timbalan Gabenor Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) Tavida Kamolvej berkata, Sungai Chao Phraya mungkin melimpah mulai hari ini berikutan air pasang yang semakin meningkat ditambah dengan air larian hulu dan hujan lebat yang dipengaruhi oleh monsun barat daya.

Beliau berkata, BMA sedang cuba menguruskan tahap Sungai Chao Phraya bagi menyediakan air tambahan dalam beberapa hari akan datang.

Walau bagaimanapun, jika air yang berlebihan tidak dapat ‘ditolak’ ke Teluk tepat pada masanya, sungai itu boleh melimpah dan membanjiri komuniti tepi sungai.

Rakyat Bangkok dinasihatkan bekerja dari rumah hari ini sehingga Jumaat kerana lebih banyak banjir dijangka berlaku.

“Oleh itu, kami ingin meminta agensi kerajaan dan syarikat swasta membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah dari 5 hingga 7 Oktober, atau sekurang-kurangnya membiarkan mereka pulang awal dalam tempoh ini,” katanya.

Langkah itu dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyelamatkan kebanyakan orang daripada terkandas akibat hujan lebat dan banjir.

Jabatan Meteorologi Thailand sebelum ini meramalkan bahawa air pasang besar dijangka berlaku di Sungai Chao Phraya mulai hari ini, Rabu, hingga Khamis minggu depan (13 Oktober).

Ia memberi amaran bahawa peningkatan kadar pelepasan air dari Empangan Chao Phraya dan hujan lebat yang dipengaruhi oleh monsun barat daya akan menyebabkan sungai naik 1.7 hingga 2 meter dari paras median laut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button