Berita Utama

Pegawai kementerian mula kosongkan pejabat?

Isyarat kemungkinan besar Parlimen dibubar dalam masa terdekat

PUTRAJAYA, 8 Rabiulawal 1444H, Rabu – Beberapa pegawai kementerian dilaporkan sudah mula mengosongkan bilik masing-masing, hari ini.

Difahamkan, terdapat beberapa pegawai kementerian yang sudah menerima arahan supaya mengosongkan bilik.

Ini sekali gus memberi isyarat kemungkinan besar pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Utusan melaporkan, terdapat juga pegawai kementerian lain yang belum mendapat arahan sedemikian, malah program yang dijadual hari ini masih berjalan seperti biasa.

“Kita faham-faham sendiri. Esok (Khamis) saya kemas, insya-Allah,” kata salah seorang pegawai ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengesahkan perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 akan dibuat pada Jumaat.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pembentangan itu dibuat selepas bacaan kali pertama hari ini, di Dewan Rakyat.

“Bacaan kali kedua pada hari Jumaat, 7 Oktober 2022 jam 4 petang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button