Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Muhyiddin jamin peluang PN menang PRU15 cerah

Penting tentukan hala tuju negara lima hingga 10 tahun lagi

BANGI, 9 Rabiulawal 1444H, Khamis – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN itu berkata, kemenangan boleh dicapai apabila semua pihak bersatu hati dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja jentera pilihan raya.

“Saya tegaskan pilihan raya ini cukup penting bukan sahaja untuk kita tetapi juga untuk negara menentukan hala tuju yang kita akan bawa bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kita juga ada tugas besar iaitu untuk memastikan negara kita tidak terus terjunam ke lembah kerosakan yang lebih dalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau pada masa sama mempersoalkan adakah rakyat mahu terus berada dalam sebuah kerajaan yang dikuasai oleh sebuah parti yang tidak amanah, rasuah, kleptokrasi dan penuh kebobrokan.

Justeru, katanya semua pihak mempunyai tanggungjawab besar iaitu menyakinkan rakyat untuk melaksanakan keputusan yang bijak.

Saya tegaskan sekali lagi kita ada tanggungjawab besar iaitu menyakinkan rakyat bahawa mereka ada tugas penting untuk melaksanakan satu keputusan yang bijak.

“…bagi memastikan negara ini tidak jatuh kepada sebuah parti yang tidak amanah yang boleh memusnahkan masa depan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button