Berita UtamaDunia

Presiden AS kecewa OPEC+ kurangkan pengeluaran minyak

Biden mahu runding kurangkan kawalan OPEC atas harga tenaga

WASHINGTON, 9 Rabiulawal 1444H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kecewa dengan keputusan OPEC+ mengurangkan pengeluaran minyak kerana menurutnya, akan memberi kesan negatif kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana, lapor Reuters.

“Keputusan dangkal OPEC+ mengurangkan kuota pengeluaran, ketika ekonomi global berhadapan kesan negatif berterusan daripada pencerobohan Putin ke atas Ukraine,” menurut kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan, dan Penasihat Atasan Ekonomi, Brian Deese.

Keputusan itu memberi kesan paling negatif ke atas negara berpendapatan rendah dan sederhana yang terkesan dengan harga tenaga yang tinggi, katanya.

“Tugas Presiden dan sekutu di seluruh dunia, telah membantu menurunkan harga gas AS: sejak awal musim panas, harga gas turun $1.20 – dan harga paling biasa di stesen minyak hari ini ialah $3.29/galon. 

“Atas arahan Presiden, Jabatan Tenaga akan menghantar 10 juta tong lagi daripada Rizab Petroleum Strategik ke pasaran bulan depan, meneruskan keluaran bersejarah seperti yang diarah Presiden pada Mac,” kata kenyataan itu.

Biden dilaporkan akan terus mengarahkan keluaran mengikut kesesuaian bagi melindungi pengguna Amerika dan menggalakkan keselamatan tenaga.

Presiden juga menggesa syarikat tenaga Amerika untuk terus menurunkan harga di pam dengan menutup jurang sejarah yang besar antara harga gas borong dan runcit.

“Berdasarkan tindakan hari ini, Pentadbiran Biden juga akan berunding dengan Kongres mengenai alat tambahan dan pihak berkuasa untuk mengurangkan kawalan OPEC ke atas harga tenaga,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, dikenali sebagai OPEC+, pada Rabu bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 2 juta tong sehari daripada paras pengeluaran yang diperlukan Ogos 2022, bermula pada November. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button