Berita Utama

Bajet 2023 cerminan komitmen pelihara Keluarga Malaysia

Manfaat seluruh rakyat Malaysia terutama golongan belia dan B40

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Pembentangan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang mencakupi semua golongan, jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kepentingan seluruh Keluarga Malaysia terpelihara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata bajet yang memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion itu, dapat dimanfaatkan seluruh rakyat Malaysia terutama golongan belia dan B40.

Beliau berkata antara lain, kerajaan bersetuju menanggung bayaran lesen di bawah program MyPSV serta bayaran lesen memandu motosikal kelas B2, dapat menggalakkan lebih ramai mengambil lesen dan membolehkan golongan B40 mencari pekerjaan.

“Ini sekali lagi meningkatkan daya saing dan pada waktu yang sama mereka dilindungi insurans apabila mereka ada lesen. Soal perlindungan insurans itu tidak jadi masalah.

“Sebagai contoh, kalau mereka nak memohon jadi pemandu semua kos untuk mendapatkan lesen itu ditanggung kerajaan…bagi mereka terlibat dalam penghantaran barangan juga dapat insentif dan saya juga gembira pemandu teksi diberi ganjaran dalam Bajet 2023,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Bajet 2023 di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button