Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kerajaan sedia dana asas RM100 juta bagi syarikat Bumiputera

Ini akan melibatkan nilai pelaburan minimum sebanyak RM10 juta

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Kerajaan melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) akan menyediakan pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta khusus bagi syarikat Bumiputera sebagai dana pelaburan langsung untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Ini akan melibatkan nilai pelaburan minimum sebanyak RM10 juta bagi setiap pelaburan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, Pelaburan Hartanah Bhd pula akan mendapat peruntukan sebanyak RM50 juta untuk terus melaksanakan pembangunan komersial bagi menambah nilai pemilikan hartanah Bumiputera termasuk di tanah rizab Melayu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button