Artikel Khas

Pulangan ekonomi hasil pembangunan harus beri impak terus pada rakyat

Jangan hanya dikaut kapitalis atau elitis politik semata-mata

PEMBENTANGAN Belanjawan 2023 hari ni, rakyat menyimpan harapan dan impian yang menggunung tinggi untuk melihat sesuatu yang baharu dan segar, bukannya belanjawan kitar semula yang sekadar menokok tambah jumlah di sana dan memotong jumlah yang lain di sini.

Pertama, belanjawan harus berhemah dan realistik dengan situasi ekonomi dunia dan negara yang dijangka akan melalui saat sukar tahun hadapan.

Kedua, kita perlu keluar dari kerangka lama ekonomi yang mengejar pertumbuhan GDP dan mengenepikan pelbagai faktor ekonomi externalities yang lain seperti kedaulatan negara, alam sekitar, keselamatan siber dan banyak lagi

Ketiga, pulangan ekonomi hasil pembangunan negara harus memberikan impak terus kepada keseluruhan rakyat di segenap lapisan masyarakat. Bukan hanya kepada nombor GDP, dikaut oleh kapitalis atau elitis politik semata-mata.

Nombor-nombor yang akan dibacakan oleh Menteri Kewangan hari ni tidak akan bermakna apa-apa jika 3 perkara di atas terus dipandang sepi.

Ir. Ts. Lukman Al Hakim Mohamad
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Back to top button