Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Subsidi telur ayam naik lapan sen

Kabinet setuju subsidi ayam bulat sedia ada diteruskan

BANGI, 10 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju tidak menaikkan atau mengapung harga telur ayam gred A, B dan C di pasaran bagi menjaga keperluan rakyat.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata, Kabinet mengambil kira kos pengeluaran yang meningkat dan harga kawalan menyebabkan pengeluar kerugian serta terpaksa mengurangkan pengeluaran yang seterusnya menyebabkan bekalan berkurangan.

“Bagi mengatasi masalah ini, Kabinet bersetuju menerima syor Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jawatankuasa Jihad Inflasi supaya subsidi sebanyak tiga sen pada masa ini dinaikkan kepada lapan sen.

“Ini melibatkan tanggungan subsidi oleh kerajaan lebih dari RM90 juta sebulan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kabinet juga bersetuju supaya dasar subsidi ayam bulat yang sedia ada diteruskan.

“Bagi meningkatkan bekalan minyak masak bersubsidi 1 kilogram terutama bagi rangkaian kedai Jualan Murah Keluarga Malaysia, Kabinet bersetuju kuota tambahan sementara sebanyak 5,000 mt (tan metrik) sebulan diluluskan kepada KPDNHEP,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button