Berita Utama

Nantikan siapa pilihan PAS, UMNO atau Bersatu?

Mesyuarat khas didakwa bincang berkaitan pilihan raya

BANGI, 11 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Pastinya ramai ternanti-nanti keputusan PAS berhubung kerjasama dengan UMNO  – sama ada mengikuti tiga syarat yang ditetapkan atau sebaliknya 

PAS perlu memuktamadkan keputusan itu sama ada bersama UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Parti itu dilaporkan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan berkaitan pilihan raya di Pejabat Agung PAS, Jalan Rajat Laut, Kuala Lumpur pagi tadi.

Ini susulan UMNO sebelum ini menetapkan syarat untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU15.

Memetik laporan Utusan Malaysia, antara pemimpin yang tiba adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebelum ini, UMNO memberi kata dua kepada PAS sekiranya mahu meneruskan hasrat bekerjasama politik dengan parti itu untuk menghadapi PRU15 tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu menetapkan tiga syarat utama kepada PAS iaitu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) serta memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Katanya, PAS juga perlu mengisytiharkan secara rasmi bahawa parti itu sudah mufarakah’ (berpisah) sepenuhnya dengan PN dan Bersatu.

Sehingga kini, PAS masih berusaha mempertahankan ‘impiannya’ untuk bekerjasama dengan kedua-dua parti, di mana UMNO dan Bersatu turut serta merealisasikan agenda penyatuan ummah.

Bagaimanapun, ‘ego’ kedua-dua parti berseteru itu mengakibatkan PAS turut dihimpit dengan situasi berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button