UMNO adakan mesyuarat MKT khas malam esok
Berkait pembubaran Parlimen yang akan diumumkan dalam masa terdekat

BANGI, 12 Rabiulawal 1444H, Ahad – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat khas malam esok.
Pertemuan berkenaan dikatakan mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen yang dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Malam esok (Isnin), akan ada satu pertemuan istimewa melibatkan MKT UMNO,” menurut laporan Malay Mail, hari ini.
Pertemuan tersebut dijangka berlangsung di sebelah malam selepas selesai mesyuarat biro politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dikatakan berada bawah tekanan bagi menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendesak Perdana Menteri yang juga Naib Presiden supaya mengadakan PRU15 tahun ini juga.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu PRU15 diadakan segera iaitu sebelum tahun ini berakhir.
Malah pimpinan tinggi parti itu melahirkan keyakinan akan kembali memerintah dan mendapat kemenangan majoriti berikutan keadaan pembangkang yang kurang mendapat sokongan