Dunia

Tiga terbunuh ledakan ‘bom trak’ di sebuah jambatan di Crimea

Jambatan Kerch merupakan laluan strategik milik Russia

CRIMEA, 12 Rabiulawal 1444H, Ahad – Seramai tiga orang terbunuh dalam kejadian ‘bom trak’ di sebuah jambatan strategik di sini, semalam, kata penyiasat Russia.

Jawatankuasa Penyiasatan Russia menambah, pemandu trak merupakan penduduk di Krasnodar Krai, wilayah milik Moscow.

Letupan berlaku awal Sabtu di Jambatan Kerch sehingga menyebabkan penggantungan perkhidmatan trafik, bas dan kereta api.

Jambatan Kerch merupakan sebuah jambatan selari yang menyediakan perkhidmatan jalan raya dan kereta api adalah laluan utama Russia.

Pihak berkuasa Russia berkata, kebakaran akibat daripada letupan sudah berjaya dipadamkan.

Perkhidmatan kereta api ke Crimea dijangka pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat, menurut Kementerian Pengangkutan.

Jawatankuasa Anti-Pengganas Russia sebelum ini memaklumkan jambatan tersebut rosak teruk susulan daripada letupan berkenaan.

Meskipun Ukraine tidak didakwa melakukan tindakan tersebut, namun berdasarkan beberapa kenyataan pegawai rasmi negara itu menunjuk kepada kemungkinan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button