Berita UtamaIstimewa

Ini sebab Haji Aminuddin lepas jawatan Pengerusi PEMBELA

Mahu suara rakyat diangkat, dijadikan dasar, polisi negara

Oleh Zuhayati Yazid

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulawal 1444H, Isnin – Mahukan perjuangan dalam skop lebih luas mendorong mantan Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya mengorak langkah berani menyertai Gagasan Bangsa (GB).

Gagasan Bangsa diterajui gabungan pemimpin-pemimpin Melayu daripada pelbagai latar belakang yang prihatin terhadap isu negara.

GB adalah gabungan NGO-NGO dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang baik dari NGO Melayu, ahli akademik, agamawan, alam sekitar, profesional (peguam, dokor), kesenian, bekas pegawai kerajaan dan pelbagai lagi yang prihatin terhadap isu negara dan apa yang dihadapi oleh rakyat.

NGO-NGO di bawah GB telah berjuang sejak bertahun lama dalam pelbagai isu, namun ia tidak mendapat sambutan yang wajar oleh pihak pemerintah.

“Saya sudah berjuang lebih 10 tahun dalam PEMBELA dan NGO lain lebih 25 tahun, kita dah hantar macam-macam memorandum, dah pergi istana dan jumpa sendiri Perdana Menteri tetapi tidak diberi perhatian.

“Namun dengan penyertaan GB sebagai komponen NGO Gerakan Tanah Air (GTA), bukan sahaja boleh memperjuangkan isu agama tetapi juga seni, alam sekitar, akademik dan pelbagai lagi.

“Perlu diingatkan, GB bukan parti tapi terlibat dalam isu-isu politik kerana mahu suara rakyat diangkat dan diambil sebagai dasar dan polisi negara,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan dirinya dalam GB ketika ditemui dalam sidang media sempena Pelancaran GB, yang berlangsung Wisma Melayu, di sini hari ini.

Turut hadir, wakil jurucakap GB Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin yang dilantik sebagai jurucakap GB berkata, keadaan negara kini semakin membimbangkan dan rakyat semakin menderita.

Lebih malang, katanya, jurang pendapatan antara kaum semakin melebar, Tanah Rizab Melayu semakin hilang – semua ini disebabkan kelemahan kepimpinan negara.

Atas dasar itu GB ditubuhkan – supaya suara rakyat didengari bagi memastikan semua isu yang dibangkit dapat dibaiki dan direalisasikan.

Haji Aminuddin letak jawatan Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button