PAS Kelantan tampilkan 30 peratus muka baharu PRU15
Senarai nama telah diserah kepada pucuk pimpinan

BANGI, 13 Rabiulawal 1444H, Isnin – PAS akan menampilkan kira-kira 30 peratus muka baharu sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tiga nama diberikan untuk setiap kawasan Parlimen dan DUN untuk diangkat sebagai calon, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah
“Senarai itu sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berkait dengan perkara tersebut.
“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih siapa calon terbaik untuk PRU15.
“Calon baharu itu bukan bermaksud orang muda atau muslimat tetapi yang ada potensi untuk menang,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
Malah, berada pada tahap tertinggi walaupun belum mencapai 100 peratus.